fb fb fb fb fb

Sukan SEA: Hari ke-13, buruan emas tidak terhenti- Nur Azmi

HANOI, 20 Mei- Ketua Kontinjen Malaysia, Datuk Nur Azmi Ahmad yakin kutipan pingat emas negara tidak akan terhenti kerana ada beberapa lagi acara yang berpeluang meraih pingat

“Ini adalah satu penutup di mana sukan saya sendiri sebagai Setiausaha Agung (MAKAF) dan selaku CDM, telah membantu saya menamatkan bilangan (sasaran) yang ditetapkan oleh Menteri Belia dan Sukan dan juga rakyat Malaysia kepada saya.

Beliau berharap kejayaan hari ini akan membakar semangat baki atlet yang akan meneruskan cabaran di temasya sukan dwitahunan itu untuk menambah pungutan pingat negara. 

"Kita berusaha juga, esok snuker dah masuk ke separuh akhir kita ada acara-acara lain termasuk menembak yang dipastikan untuk mencapai sasaran satu lagi pingat emas dan saya pasti kalau berjalan dengan lancar bersama komitmen yang ada kita akan tambah lagi 4 pingat untuk esok.

"Semalam, merupakan hari penuh bergaya buat kontinjen, kerana kita menamatkan saingan dengan tujuh pingat emas.

"Hari ini, kita menutup tirai yang menyaksikan pasukan karate memastikan kontinjen negara berjaya mencapai sasaran 36 emas," katanya

(Sasaran negara, 36 emas tercapai, Nur Azmi sasar kutipan peribadi kepada 42 pingat emas)

Mengulas lanjut kejayaan merealisasikan penantian sasaran pingat emas ke-36 beliau berkata, ia amat bermakna bukan saja buat Malaysia, malah diakunyi turut menyentuh hatinya

"Kontinjen masih mempunyai misi seterusnya iaitu menambah kilauan emas kepada 42 iaitu sasaran peribadi saya sebelum temasya dwi tahunan ini melabuhkan tirainya pada 23 Mei ini," katanya

Setakat hari ke-13 kontinjen negara berada pada kedudukan keenam.

Untuk rekod, hampir 58 peratus atau 338 daripada 584 atlet Malaysia adalah mereka yang kali pertama menyertai temasya sukan dwitahunan itu untuk mendapatkan pendedahan sulung di peringkat antarabangsa.



 

 

 

Media Baharu