HANOI, 21 Mei - Atlet berbasikal lebuh raya negara terus cemerlang menambah koleksi emas ke-37 buat negara.
Emas kali ini hadir menerusi Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff dalam acara berbasikal lebuh raya lelaki sejauh 162.25 kilometer.
Atlet berusia 25 tahun itu bersaing sengit bersama tiga lagi pelumba negara lain sebelum unggul melintasi garisan penamat dengan catatan masa tiga jam 48 minit dan 22 saat.
Pingat perak dimenangi Aiman Chayadi dari Indonesia, manakala atlet Thailand Navuti Liphongyu meraih gangsa.
Sementara itu, seorang lagi atlet negara, Akmal Hakim Zakaria, menamatkan saingan di tempat keenam.