fb fb fb fb fb

Southgate letak jawatan

Pengurus England, Gareth Southgate letak jawatan selepas pasukannya tumpas pada final EURO 2024 kepada Sepanyol/Foto REUTERS

LONDON, 17 Julai- Gareth Southgate meletakkan jawatan sebagai pengurus England selepas gagal membantu pasukan menjulang trofi EURO 2024.

Skuad 'Three Lions' tewas 2-1 kepada Sepanyol dalam perlawanan akhir Euro 2024 pada Isnin.

Pengurus berusia 53 tahun itu mempunyai kontrak sehingga Disember, tetapi memutuskan untuk berhenti selepas hampir lapan tahun memegang jawatan penting berkenaan.

Beliau yang dilantik sebagai pengurus England pada November 2016, berjaya membimbing skuad 'Three Lions' menghadapi empat kejohanan utama.

Southgate sebelum ini pernah membawa England mara ke final edisi EURO 2020.

Namun anak buahnya dikecewakan Itali menerusi penentuan sepakan penalti.

Ketiadaan Southgate memaksa FA England mengintai khidmat pengurus baharu.

Antara yang disebut-sebut adalah pengurus Newcastle United, Eddie Howe dan bekas pengurus Chelsea, Thomas Tuchel

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD