fb fb fb fb fb

Skuad futsal B-19 negara tewas tipis, namun tetap mara ke separuh akhir

Foto FB Football Association of Malaysia

KUALA LUMPUR, 25 Disember - Skuad futsal bawah 19 tahun (B-19) negara terpaksa menelan kekalahan tipis 0-1 kepada Indonesia pada aksi Kumpulan B Kejuaraan Futsal B-19 ASEAN 2025, namun tetap mengesahkan kemaraan ke separuh akhir kejohanan.

Perlawanan yang berlangsung sengit di Stadium Nonthaburi, Bangkok menyaksikan jaringan seawal minit pertama oleh pemain Indonesia, Andika Ferdiansyah mengejutkan kem negara.

Tersentak dengan gol pantas tersebut, pemain Malaysia cuba bangkit menyusun permainan dan meningkatkan intensiti serangan bagi memburu gol penyamaan.

Bagaimanapun, kekemasan barisan pertahanan Indonesia serta ketangkasan penjaga gol lawan menyukarkan usaha skuad negara untuk memecah kebuntuan sehingga tamat perlawanan.

Malaysia turut mencipta beberapa peluang berbahaya sepanjang perlawanan, namun ketumpulan penyudah menjadi penghalang untuk meraih mata penuh.

Selepas tamat perlawanan Kumpulan B menyaksikan carta kedudukan akhir dengan Indonesia dan Malaysia muncul dua pasukan terbaik kumpulan sekali gus mengesahkan tiket ke separuh akhir.

Skuad futsal B-19 negara dijadualkan beraksi pada peringkat separuh akhir pada Sabtu ini dengan misi memburu tempat ke final Kejuaraan Futsal B-19 ASEAN 2025.

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN