fb fb fb fb fb

Skandal rasuah pengadil, mahkamah Sepanyol batalkan tuduhan ke atas Barcelona

Foto AFP

BARCELONA, 24 Mei- Mahkamah Sepanyol membatalkan tuduhan rasuah terhadap Barcelona pada Jumaat berhubung skandal rasuah pengadil dan menghentikan siasatan ke atas presiden, Joan Laporta.

Bekas presiden, Josep Maria Bartomeu dan Sandro Rosell serta yang lain masih dalam siasatan atas dakwaan rasuah sukan, selepas kelab itu membayar bekas ketua pengadil lebih 7.3 juta euro ($7.9 juta) antara 1994 dan 2018.

Pendakwa raya mengesyaki Barcelona membayar syarikat milik bekas naib presiden jawatankuasa pengadil (CTA) Sepanyol, Jose Maria Enriquez Negreira antara 2001 dan 2018, untuk mempengaruhi keputusan pengadil.

“Kami mengekalkan keyakinan kami bahawa melalui mahkamah... (isu) boleh dijelaskan secara muktamad dan keputusan tidak bersalah kelab secara mutlak boleh dibuktikan,” kata Barcelona dalam satu kenyataan.

Keputusan untuk membatalkan tuduhan rasuah bergantung kepada mahkamah Barcelona yang memutuskan Negreira tidak mempunyai status "pegawai awam" semasa beliau menjadi naib presiden CTA.

Siasatan bermula pada Mac 2023 selepas pihak berkuasa cukai Sepanyol mengenal pasti penyelewengan dalam pembayaran cukai yang dibuat antara 2016 dan 2018 oleh syarikat Dasnil 95, yang dimiliki Negreira.

Barcelona berkata mereka membayar Dasnil 95 untuk menasihati kelab mengenai perkara-perkara pengadil dan membuat laporan mengenai pegawai.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM