fb fb fb fb fb

Serie A : Milan hambat Juventus

FOTO AFP

MILAN, 3 Disember- AC Milan kembali melupakan kekecewaan pada Liga Juara-Juara selepas mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Frosinone sekali gus meletakkan pasukan berkenaan di tangga ketiga dengan 29 mata, empat mata di belakang pendahulu, Juventus.

Gol oleh Luka Jovic pada minit ke-43, Christian Pulisic pada minit ke-50 dan Fikayo Tomori pada minit ke-74 memberi tiga mata berharga buat AC Milan yang bergelut dengan kecederaan beberapa pemain utama selain penawar selepas tewas di tangan Borussia Dortmund minggu lalu.

Pengurus AC Milan, Stefano Pioli menganggap kemanangan tersebut sesuatu yang berharga dan berkata perjalanan pasukan tersebut masih jauh untuk menjulang kejuaraan Serie A.

"Kemenangan tersebut merupakan sesuatu yang baik. Namun, masih banyak lagi yang perlu diperbaiki pasukan. Pasukan perlu sentiasa konsisten sekiranya ingin mencabar kelompok teratas", kata Pioli kepada Sky.

Sementara itu, kekalahan terbaharu meletakkan Frosinone di tangga kesebelas dan merupakan kekalahan keenam pasukan berkenaan sepanjang kempen liga.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD