fb fb fb fb fb

Semua aktiviti sukan tiada sekatan mulai hari ini

KUALA LUMPUR, 1 Mei - Mulai hari ini, semua jenis aktiviti sukan dan rekreasi dibenarkan tanpa sebarang sekatan termasuk status vaksinasi dan limitasi masa.

Perkara itu diumumkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi siaran media soalan lazim fasa peralihan ke endemik.

Kehadiran penonton ke venue sukan dan rekreasi turut dibenarkan dengan penggunaan 100 peratus kapasiti ruang.

Pemakaian pelitup muka dikecualikan di kawasan terbuka dan ketika melakukan aktiviti sukan di dalam kawasan tertutup.


(Foto fail)

Bagaimanapun, ia diwajibkan ketika tidak melakukan sebarang aktiviti bersukan di kawasan tertutup.

Menurut KBS lagi, imbasan kod QR MySejahtera juga tidak diwajibkan ketika memasuki premis atau venue sukan dan rekreasi, manakala premis pula dibenarkan beroperasi tanpa had masa mengikut syarat lesen atau permit.

Penganjuran kejohanan, pertandingan serta acara sukan dan rekreasi di peringkat domestik serta antarabangsa turut dibenarkan, tetapi perlu kebenaran Pejabat Pesuruhjaya Sukan kecuali bagi acara berskala kecil melibatkan peringkat komuniti.

Media Baharu