fb fb fb fb fb

Saingan Liga Melaka 2024 dijenama semula

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

KRUBONG, 6 Julai - Saingan Divisyen 1 Liga Melaka 2024 menjadi salah satu Liga Komuniti A3 Malaysia 2024-2025 yang berdaftar bawah Liga Bola Sepak Amatur (AFL).

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, ia juga telah dijenamakan semula sebagai Piala Yang Amat Berhormat Presiden Liga Divisyen 1 Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA).

Katanya, sebanyak 10 pasukan akan bersaing bawah Divisyen 1 Liga Melaka 2024 kali ini yang akan melayakkan mereka ke saingan Liga A2 AFL.

"Saingan 10 pasukan dalam divisyen 1 kita ada MBMB Warriors FC kita adaAndalas FC, Bertam Ulu, Duyong Fighters,Hulubalang FC, Perma FC, yang merebut slot kelayakan bagi saingan Liga A2 bagi saingan liga Melaka Divisyen 2 pula kita menyaksikan 12 pasukan mereka bersama-sama akan bertanding dan kita memberikan hadiah pialaPresiden MAFA," kata Ab Rauf.

Beliau berkata demikian Ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Liga Melaka 2024 di Padang 10 Wisma MAFA, di sini.

Sebanyak 32 kelab gabungan MAFA akan mengambil bahagian di Liga Melaka melibatkan saingan tiga divisyen dengan pecahan 10 pasukan di Divisyen 1, 12 di Divisyen 2 dan 10 pasukan bersaingan di Divisyen 3.

TETITIA YUSOFF