JOHANNESBURG, 19 November- Sadio Mane meraikan penampilannya yang ke-100 di Senegal dengan menjaringkan dua gol dalam kemenangan kelayakan Piala Dunia 4-0 ke atas Sudan Selatan di stadium kosong berhampiran Dakar pada Sabtu.
Penyerang berpangkalan di Arab Saudi itu, yang telah dipilih sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Afrika sebanyak dua kali, turut mencipta gol dalam perlawanan pusingan pertama Kumpulan B sebelum digantikan.
Kejayaan membawa juara bertahan Afrika Senegal ke puncak kumpulan, mendahului Republik Demokratik Congo dengan perbezaan gol, ketika mereka memburu penampilan Piala Dunia ketiga berturut-turut pada 2026.
Satu-satunya kekecewaan bagi Mane dan rakan sepasukannya ialah perlawanan itu terpaksa diadakan secara tertutup selepas timbul masalah membabitkan penonton dalam perlawanan menentang Mesir tahun lalu.
Mane membantu pemain tengah Tottenham Hotspur, Pape Sarr untuk menjaringkan gol hanya 37 saat memasuki separuh masa pertama dengan rembatan rendah melepasi penjaga gol Sudan Selatan, Majak Mawith.
Mane kemudiannya menyumbat bola ke gawang lima minit kemudian sebelum Lamine Camara mencetak nama selaku penjaring menjadikan kedudukan 3-0.
Mane melengkapkan jaringan pada minit ke-56 dengan menyempurnakan sepakan penalti pada aksi terakhir 26 perlawanan di Afrika.
Sepatutnya ada 27 perlawanan, tetapi Eritrea menarik diri tanpa memberi alasan, meninggalkan Maghribi Zambia, Congo, Tanzania and Niger dalam Kumpulan E.
Maghribi akan berlepas ke Tanzania pada Selasa, yang memulakan kempen mereka dengan kemenangan 1-0 ke atas Niger menerusi jaringan sulung minit ke-56 daripada Charles M'Mombwa.
Tanzania mengekori rapat Zambia, yang menewaskan Congo Brazzaville 4-2 pada Jumaat, menerusi perbezaan gol.
Afrika Selatan, yang penampilan terakhir Piala Dunianya adalah 13 tahun lalu sebagai tuan rumah, menduduki tangga teratas Kumpulan C dengan kemenangan 2-1 ke atas Benin di Durban.
Gol awal dan lewat pada separuh masa pertama daripada Percy Tau dan Khuliso Mudau memberikan Bafana Bafana (The Boys) kelebihan dua gol pada separuh masa.
Tetapi mereka gagal mendahului pada separuh masa kedua apabila kapten Benin, Steve Mounie menjaringkan gol saguhati 20 minit sebelum tamat.
Pusingan kedua bermula pada Ahad dengan Algeria, DR Congo, Mesir dan Nigeria antara 10 pasukan yang beraksi.