fb fb fb fb fb

Piala Sultan Nazrin: Malaysia mula langkah kanan

FOTO FB MalaysianHockeyConfederation

IPOH, 7 November - Malaysia memulakan kempen edisi sulung Kejohanan Hoki Dalam Dewan Antarabangsa, Piala Sultan Nazrin Shah dengan cemerlang apabila membelasah Australia 8-2 pada saingan liga sepusingan berkenaan.

Dalam aksi di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Muhamad Izham Azhar muncul wira pasukan negara apabila melakukan jaringan hatrik pada minit ke-23, 24 dan 35.

Gol lain dijaringkan Danial Asyraf Ghani, Syed Mohamad Syafiq, Firdaus Omar, Faridzul Afiq, dan Mohd Shafiq Yaacob.

Manakala Australia membalas jaringan menerusi Leong Jett dan Hall Ross.

Bagaimanapun, skuad negara bimbingan Mohd Hanip Che Halim gagal mengekalkan momentum apabila tewas 5-7 kepada Namibia pada aksi kedua.

Skuad negara seterusnya akan bertemu New Zealand dan Hong Kong esok diikuti aksi terakhir liga menentang Afrika Selatan pada Jumaat.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD