fb fb fb fb fb

Piala Asia Kriket 2025: India, Pakistan bakal bertemu selepas konflik ketenteraan

India muncul juara Piala Asia Kriket 2023, selepas menewaskan Sri Lanka. / AFP

NEW DELHI, 7 September – Pertembungan penuh sengit antara India dengan Pakistan menjadi tumpuan saingan Piala Asia Kriket 2025 yang bakal bermula Selasa ini.

Pertemuan pada 14 September ini, menyaksikan perlawanan sulung kedua-dua negara sejak konflik ketenteraan pada Mei lalu.

Selain perebutan maruah serantau, kejohanan Twenty20 itu juga dilihat sebagai medan persiapan menjelang Piala Dunia T20 pada Februari-Mac tahun depan di India dan Sri Lanka.

Acara lapan pasukan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan membuka tirai dengan perlawanan antara Afghanistan menentang Hong Kong di Abu Dhabi.

India hadir selaku juara bertahan dan memiliki rekod 10-3 ke atas Pakistan dalam format T20, manakala Pakistan bakal turun tanpa dua tonggak utama, Babar Azam dan Mohammad Rizwan, yang digugurkan kerana prestasi hambar.

Kejohanan ini menghimpunkan lapan pasukan, termasuk lima anggota penuh Majlis Kriket Asia – Afghanistan, Pakistan, India, Bangladesh dan Sri Lanka – bersama Hong Kong, Oman dan UAE yang layak melalui ACC Men’s Premier Cup.

Perlawanan akhir dijadual berlangsung pada 28 September di Dubai selepas peringkat kumpulan dan Super Four. - AFP

SITI NUR DIATIE BINTI ZAIDI