WASHINGTON, 25 Oktober- Bintang Argentina, Lionel Messi memperoleh pendapatan lebih tinggi berbanding semua pemain di 22 daripada 28 kelab saingan Major League Soccer (MLS).
Pemain Inter Miami itu menerima gaji sebanyak AS$20.4 juta sebagai pemenang saingan musim ini, tidak termasuk bayaran penajaan.
Inter Miami membelanjakan AS$41.7 juta untuk persediaan pasukan, mengatasi Toronto dengan AS$31.8 juta.
LA Galaxy dan LAFC pula masing-masing memperuntukkan AS$22.1 juta dan AS$22 juta mempersiap pasukan mencabar kejuaraan 2024.
Selain dua pasukan itu, hanya tiga pasukan di MLS yang membelanjakan lebih berbanding pendapatan diperoleh Messi iaitu Cincinnati, Houston dan Nashville.-BERNAMA-dpa