fb fb fb fb fb

NSW Waratahs umum berpisah dengan Coleman

Darren Coleman akan meninggalkan NSW Waratahs selepas tiga tahun bersama

SYDNEY, 20 Mei- Pasukan ragbi NSW Waratahs pada Isnin mengumumkan bakal berpisah dengan ketua jurulatih Darren Coleman pada penghujung musim ini selepas menempuhi kempen Ragbi Super yang sengit.

Coleman "akan kekal sebagai ketua jurulatih untuk dua perlawanan terakhir musim 2024", kata kelab itu, tetapi kontraknya "tidak akan dilanjutkan".

Pasukan yang berpangkalan di Sydney itu hanya mencatatkan dua kemenangan daripada 12 perlawanan musim ini sekali gus menduduki kedudukan tercorot liga Ragbi Super.

Sepanjang musim ini, skuad 'Tahs telah diuji dengan beberapa siri kecederaan membabitkan pemain barisan hadapan.

"Proses untuk mengenal pasti dan melantik ketua jurulatih baharu Waratahs untuk musim 2025 dan seterusnya kini telah dimulakan secara rasmi," kata kelab itu.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE