fb fb fb fb fb

Naik taraf Kompleks Sukan Labuan, beri kemudahan dan tingkat pembangunan sukan setempat

LABUAN, 30 April- Kompleks Sukan Labuan akan memberi kemudahan kepada penduduk tempatan setelah siap dinaik taraf.

Ia juga mampu meningkatkan pembangunan sukan Labuan, di peringkat akar umbi.

Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan (JBS) Labuan, Mohammad Syahffie Japril berkata, tiga komponen utama projek tersebut membabitkan naik taraf stadium, kompleks dan pejabat, serta pembaikan struktur bangunan yang ada, di kawasan seluas 28-ekar.

Katanya, projek naik taraf tersebut telah bermula pada Disember 2021, dan dijangka siap April 2024, dengan kos RM17 juta.

"Kita harapkan dengan keadaan ini membolehkan selepas siapnya Kompleks Sukan ini, ia bukan sahaja menjadi penerus kepada momentum untuk pembangunan sukan, malah kita harapkan penggalakan sukan khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan akan bertambah rancak, sesuailah dengan masyarakat yang ada di Labuan yang memang cintakan gaya hidup sihat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau pelaksanaan kerja-kerja naik taraf Kompleks Sukan Labuan.


(Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan (JBS) Labuan, Mohammad Syahffie Japril)

Media Baharu