fb fb fb fb fb

MotoGP: Bagnaia rampas petak hadapan

SEPANYOL, 1 Mei - Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia berjaya menghalang juara dunia dari Yamaha, Fabio Quartararo bermula di petak hadapan buat kali kelima berturut-turut apabila mengungguli sesi kelayakan Grand Prix Sepanyol di Litar Jerez.

Bagnaia berjaya mengatasi Quartararo dengan 0.453 saat lebih pantas daripada penyandang juara dunia dan pendahulu kejuaraan semasa Fabio Quartararo dengan pusingan terpantas 1 minit 36.17 saat yang pernah berlumba di trek.

Manakala jurang hampir 0.5 saat pelumba Aprilia, Aleix Espargaro di tempat ketiga.

Pada sesi kelayakan GP Portugal minggu lalu, pelumba Itali itu terlibat dalam kemalangan, namun berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kelapan.


(Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia, berjaya menghalang juara dunia Fabio Quartararo/AFP)

Rakan sepasukannya, Jack Miller pula akan bermula di petak keempat dengan juara dunia 6 kali, Marc Marquez dari pasukan Repsol Honda di petak kelima.

Pelumba Pramac Ducati, Johann (YOHAN) Zarco pula akan bermula di petak keenam.

Ketika ini Quartararo terikat 69 mata dengan pelumba Suzuki, Alex Rins sebagai pendahulu kejuaraan pelumba dunia.

Pelumba Sepanyol Aleix Espargaro yang menunggang Aprilia menduduki tempat ketiga di barisan hadapan bersama pelumba Australia Jack Miller dan pelumba Perancis Johann Zarco, kedua-duanya menaiki Ducatis mengapit pelumba Sepanyol Marc Marquez dengan Honda di petak kedua.

Media Baharu