fb fb fb fb fb

Mosalah kekal di Liverpool

LIVERPOOL, 4 Julai- Bintang bola sepak Mesir, Mohamed Salah menamatkan spekulasi perpindahannya musim baharu selepas sah menandatangani kontrak baharu bersama Liverpool pada Jumaat.

Perjanjian baharu Salah dilaporkan akan menjadikannya pemain dengan gaji tertinggi sepanjang zaman kelab dengan £350,000 (RM1.8 juta) seminggu sehingga 2025.

Pemain berusia 30 tahun itu telah memasuki tahun terakhir kontraknya, namun pengurusan kelab berkenaan belum memberi keputusan berhubung tuntutan gaji Mosalah.

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp berkata Salah merupakan antara tonggak penting dalam membawa skuad The Reds untuk menjulang piala.

Dalam tempoh lima tahun di Anfield, penyerang Mesir itu telah menjaringkan 156 gol dalam 254 penampilan.

"Ini adalah hidangan istimewa untuk penyokong kami untuk menikmati hujung minggu mereka dengan lebih lagi. Saya pasti akan ada beberapa sambutan untuk berita ini," kata Klopp kepada laman web Liverpool.

"Ia adalah keputusan terbaik untuk kami dan keputusan terbaik untuknya. Dia milik kami saya rasa. Ini adalah kelabnya sekarang.

"Saya tidak syak lagi tahun-tahun terbaik Mo masih akan datang. Dan itu mengatakan sesuatu, kerana lima musim pertama di sini telah menjadi legenda," tambah Klopp.

Liverpool berjaya memenangi Piala Liga dan Piala FA tetapi terlepas kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan ketinggalan satu mata di belakang Manchester City dan tewas pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara 1-0 kepada Real Madrid.

Bagaimanapun, ketibaan Darwin Nunez dari Benfica mengisi tempat Sadio Mane yang berhijrah ke Bayern Munich bakal memperkuat skuad Liverepool untuk saingan musim depan.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu