fb fb fb fb fb

MFL 2024: Skuad Futsal kedah catat kemenangan bergaya

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 24 JUN-Skuad Futsal Kedah menampilkan aksi cemerlang selepas membelasah pasukan Canaan FC, 5-1 dalam aksi Malaysia Premier Futsal League (MPFL) Divisyen 2, 2024 di Sportizza Setapak, semalam.

Pada perlawanan itu, pemain import dari Thailand, Nattawat Luksanato mempamerkan sentuhan berbisanya dengan jaringan hatrik pada minit 6, 20 dan 36.

Manakala dua lagi jaringan oleh Eikmal Daniel dan Izwan Iskandar pada minit ke 2 dan 38.

Tambah menarik, ia merupakan jaringan hatrik kali kedua berturut-turut oleh Nattawat Luksanato selepas membantu skuad Futsal Kedah menang besar 7-0 ke atas Nilai City SC, pada perlawanan pertama di gelanggang sama, Sabtu lalu.

Kemenangan tersebut membolehkan Skuad Futsal Kedah kini berada di puncak kumpulan Divisyen 2 dengan enam mata, berkongsi mata dengan Kelantan dan Malaysian University FT.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD