fb fb fb fb fb

Melaka bina litar kereta kawalan jauh pertama bertaraf antarabangsa

Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh antarabangsa pertama di negeri itu bermula November ini / Foto Bernama

ALOR GAJAH, 19 Mei - Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh antarabangsa pertama di negeri itu bermula November ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata litar tersebut akan dibina di atas tapak berkeluasan satu hektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara, di sini mengikut piawaian perlumbaan antarabangsa.

Beliau berkata, kerajaan negeri berjaya memperoleh kelulusan peruntukan sebanyak RM300,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi merealisasikan pembinaan litar tersebut selepas cadangan itu diusahakan sejak tahun lepas.

"Pihak Jabatan Belia dan Sukan (JBS), pihak pejabat daerah telah mengenal pasti dan membuat kajian, kita sedang menunggu peruntukan yang telah diluluskan juga sedang berusaha untuk mencari penaja-penaja untuk menaik taraf tapak ini nanti dan insyaAllah dalam tempoh 18 bulan ia akan menjadi kenyataan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Melaka Indoor Touring Car Championship 2024, Piala Ketua Menteri di Kompleks KBS Masjid Tanah, di sini.

Tambah AB Rauf, dengan adanya litar kereta kawalan jauh itu juga ia dilihat akan merancakkan lagi kedatangan pelancong ke Pantai Tanjung Bidara selain pusat kenderaan rekreasi (RV) yang turut akan dibangunkan berhampiran lokasi berkenaan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN