fb fb fb fb fb

Mbappe mahu keluar PSG

FOTO AFP

PARIS, 13 Jun- Bintang Perancis, Kylian Mbappe memaklumkan kepada Paris Saint-Germain (PSG) bahawa dia tidak akan melanjutkan kontraknya bersama kelab itu.

Kontrak Mbappe dilaporkan tamat pada tahun 2024.

Menurut sumber laporan sukan Perancis, L'Equipe, kenyataan itu membuka pintu kepada kemungkinan bahawa pemain berusia 24 tahun itu mahu keluar dari Parc de Princes menerusi jendela perpindahan musim panas ini.

Pengesahan Mbappe melalui surat dibuat lebih setahun sejak dia mengetepikan Real Madrid dengan menandatangani kejutan lanjutan kontraknya untuk kekal di juara Perancis itu.

PSG tidak akan membenarkan aset utama mereka pergi secara percuma apabila perjanjian sedia adanya tamat.


(FOTO AFP)

Bagaimanapun, perbincangan naib juara Piala Dunia itu bersama PSG, yang mahu bertukar kelab masih menjadi tanda tanya.

Surat Mbappe menjadi hangat selepas pemergian Lionel Messi ke Inter Miami.

Khabar itu agak mengejutkan kerana laporan telah mencadangkan dia tidak akan menggunakan pilihan untuk kekal sehingga 2025.

Pada majlis anugerah bulan lalu di mana dia telah dipilih sebagai pemain Ligue 1 musim ini buat kali keempat berturut-turut selepas membantu PSG memenangi kejuaraan Perancis ke-11.- AFP

Media Baharu