fb fb fb fb fb

Malaysia sasar enam emas di Birmigham, terjun jadi prospek baharu pingat - Faizal

(FOTO FAIL)

KUALA LUMPUR, 19 Julai - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan sasaran baharu enam emas pada Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata sasaran baharu itu adalah realistik susulan beberapa faktor yang menimpa atlet-atlet negara.

(Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu)

“Sasaran tujuh pingat emas sebelum ini terpaksa dilihat semula memandangkan atlet Lee Zi Jia yang disasarkan memenangi pingat emas dalam acara badminton perseorangan lelaki telah menarik diri daripada menyertai Sukan Komanwel kali ini.

“Sementara itu, bintang skuasy negara, S. Sivasangari mengalami kemalangan dan menyebabkan sasaran pingat emas dalam acara beregu wanita terpaksa dikaji semula.

” Justeru itu, pihak Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) telah mengadakan perbincangan sekali lagi bagi melihat semula sasaran yang ditetapkan,” katanya dalam sidang media selepas majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel 2022, di sini.

Tambah Faizal, beberapa sukan dikategorikan sebagai calon memenangi emas berdasarkan prestasi semasa atlet-atlet negara.

“Berdasarkan perkembangan terkini prestasi atlet negara, enam pingat emas yang disasarkan adalah sukan akuatik terjun, angkat berat, badminton, gimrama, lawn bowl dan powerlifting,” katanya.

Media Baharu