fb fb fb fb fb

Malaysia Master 2024: Beregu campuran negara 'tundukkan' Indonesia

Lai Shevon Jemie dan Goh Soon Huat

KUALA LUMPUR, 24 Mei- Beregu campuran negara, Goh Soon Huat dan Lai Shevon Jemie meneruskan rentak kemenangan selepas berjaya 'menundukkan' pasangan Indonesia, Rehan Naufal Kusharjanto dan Lisa Ayu Kusumawati dalam suku akhir kejohanan Malaysia Masters 2024 di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini.

Pasangan di ranking keenam dunia itu perlu bekerja keras sebelum mengesahkan slot ke peringkat separuh akhir apabila diseret hingga ke set penentuan.

Dalam perlawanan yang berlangsung selama 55 minit tersebut, pasangan negara menang dengan 12-21, 21-17 dan 21-17.

Pada set pertama, Soon Huat dan Shevon Jemie dilihat menampilkan permainan agak perlahan dan peluang berkenaan digunakan sebaiknya oleh pasangan lawan untuk menang diset pertama.

Memasuki set kedua dan penentuan, pasangan negara berjaya menampil aksi cemerlang dan agresif hingga menyukarkan lawan meraih mata.

SITI AISHAH MD ISA