fb fb fb fb fb

Liga-M : Liga Super dikembangkan, Liga Premier dihentikan sementara bermula 2023

(FOTO FAIL/FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 20 Julai - Liga Malaysia (Liga-M) bakal melalui penstrukturan yang menyaksikan penyertaan 18 pasukan dalam saingan Liga Super manakala Liga Premier dihentikan sementara bermula musim 2023.

Melalui penstrukturan itu, saingan Liga Simpanan diperkenalkan mulai musim depan melibatkan kesemua 18 pasukan Liga Super 2023 yang perlu menyediakan skuad Bawah 23 Tahun masing-masing bagi saingan tersebut.


(Foto fail/Foto BERNAMA)

Menurut Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan, usul penstrukturan itu dipersetujui kesemua 21 rakan kongsi terdiri daripada 12 pasukan Liga Super dan sembilan wakil Liga Premier sedia ada pada Mesyuarat Rakan Kongsi Liga Luar Biasa Ketiga yang berlangsung di sini hari ini.

Jelas beliau, penstrukturan itu antara lain menawarkan minit permainan lebih tinggi dan jumlah perlawanan kompetitif lebih banyak kepada pemain selain meningkatkan nilai komersial saingan liga tempatan yang akan memberi manfaat kepada semua pihak.

Media Baharu