SEVILLE, 15 Disember - Gergasi Scotland, Rangers memilih saat tepat bagi merekodkan kemenangan pertama ke atas Real Betis 3-2 di gelanggang lawan sekali gus menempah tempat ke pusingan 16 terakhir Liga Europa.
Rangers yang bertandang ke Stadium Benito Villamarin selepas tewas pada perlawanan akhir kejohanan piala berkenaan pada 2022 berjaya membalas dendam terhadap Betis bagi menghadiahkan kekalahan kali pertama buat pasukan itu dalam semua pertandingan.
Kemenangan tersebut turut meletakkan rekod 13 tanpa kalah buat pengurus baharu Rangers, Philippe Clement.
Pada perlawanan tersebut, Rangers berjaya membuka tirai jaringan menerusi Abdallah Sama pada minit ke-10 sebelum disamakan oleh Real Betis pada minit ke-14 menerusi Juan Miranda.
Rangers kemudiannya menggandakan jaringan menerusi Cyriel Dessers pada minit ke-20.
Real Betis yang ketinggalan kembali menyamakan kedudukan 2-2 hasil jaringan Ayoze Perez pada minit ke-37.
Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan bagi memburu gol kemenangan namun dikecewakan oleh kekebalan pertahanan masing-masing.
Pemain gantian,Kemar Roofe menjadi wira Rangers apabila menjaringkan gol kemenangan pasukan pada minit ke-78.-REUTERS