fb fb fb fb fb

Layak ke Olimpik 2024, Izzah anggap anjakan besar dalam karier

Pelumba basikal negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri

KUALA LUMPUR, 25 April - Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri anggap penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 sebagai ‘langkah besar’ dalam kariernya.

Beliau antara empat atlet berbasikal yang berjaya mengesahkan slot ke Temasya Paris pada Julai ini.

Pelumba berusia 20 tahun itu berkata, menjadi impian setiap atlet untuk layak ke Sukan Olimpik dan beliau bertekad bekerja keras bagi mempamerkan prestasi terbaik pada temasya tersebut.

Semalam, Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Amarjit Singh Gill mengesahkan Datuk Mohd Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati layak ke Olimpik secara rasminya bagi acara keirin dan pecut.

Seorang lagi atlet berbasikal yang turut layak ke Paris ialah Nur Aisyah Zubir dalam acara berbasikal lebuh raya, sekali gus mencipta sejarah sebagai pelumba wanita pertama negara bersaing dalam acara itu di Olimpik.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD