WANGSA MAJU, 11 Mac- Ketua jurulatih baharu Selangor FC bakal diumumkan dalam seminggu lagi.
Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon berkata pihaknya telah menyenarai pendek empat calon bagi menggantikan posisi Tan Cheng Hoe.
Jelas beliau, semua calon sedar bahawa mereka harus bekerja dengan bajet dan pilihan pemain sedia ada untuk mengharungi cabaran musim ini.
"Dalam sesi temu duga dengan calon ketua jurulatih, kita maklumkan cabaran-cabaran yang perlu mereka hadapi. Skuad kita hampir penuh dan kita komited lakukan yang terbaik mengikut bajet tahunan."
"Ini bukan sesuatu yang mudah untuk jurulatih terima dan kita bagi secara jelas. Mungkin menjelang jendela perpindahan nanti baru kita boleh buat sesuatu," kata Dr. Johan kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian kerjasama di antara Selangor FC dan AEON Big, pada Ahad.
Ketika ini, Selangor FC dibimbing oleh Nidzam Jamil selaku ketua jurulatih sementara selain menegaskan bahawa spekulasi jurulatih kebangsaan Thailand, Alexandre Polking sebagai calon adalah tidak benar.
Dalam perkembangan yang lain, Dr Johan Kamal Hamidon berkata pramusim di Bangkok, Thailand pada bulan lepas itu lebih kepada membentuk keserasian pasukan dengan kehadiran beberapa pemain baharu.
Antara pemain baharunya adalah seperti Ronnie Fernandez, Alvin Fortes, Nooa Laine dan Azim Al Amin.