KUALA LUMPUR, 3 Mei - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sedia membantu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekiranya skuad kebangsaan memerlukan masa tambahan untuk persiapan menghadapi dua perlawanan aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam berkata pihaknya komited memudahkan perancangan skuad Harimau Malaya dengan menyediakan tempoh panggilan awal untuk pemain menyertai skuad kebangsaan ketika liga berlangsung.
Skuad Harimau Malaya di bawah kendalian Kim Pan Gon bakal berdepan dua perlawanan penting peringkat kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun dan Taiwan di Bukit Jalil pada 11 Jun.
Pan Gon hanya boleh memanggil pemain untuk menyertai skuad kebangsaan bermula 27 Mei.
Ia susulan aksi Liga Super yang dijadual pada 24 hingga 26 Mei ini.