fb fb fb fb fb

Kejohanan Piala Agong 2025: Skuad ragbi Kelantan sasar juara

Foto RTM

SHAH ALAM 2 Sept- Skuad ragbi Kelantan meletakkan misi besar mereka pada Kejohanan Piala Agong 2025 apabila mahu menamatkan kemarau 13 tahun selepas kali terakhir muncul juara pada 2012.

Presiden Persatuan Ragbi Negeri Kelantan (PRNK), Riduannor Sarif berkata, skuad kali ini dibentuk dengan lebih seimbang terutama menggabungkan pemain berpengalaman bersama bakat muda termasuk empat pemain import dari Fiji.

Beliau yakin gandingan padu itu mampu mengembalikan trofi kejuaraan berprestij ke bumi Kelantan.

"Kita yakin boleh mencabar pasukan lain dan berjanji akan memberi saingan terbaik dalam setiap perlawanan," katanya pada majlis pengenalan pasukan ragbi Kelantan ke Piala Agong 2025 di sini hari ini.

Jelasnya lagi, pemain import yang dibawa musim ini masih muda tetapi mempunyai potensi besar untuk bersaing dalam liga dan mereka digabungkan dengan bakat tempatan yang sebahagian besarnya anak jati Kelantan.

Untuk rekod, Kelantan pernah menjadi kuasa besar ragbi negara namun sudah lama tidak bergelar juara.

Tahun 2025 ini adalah misi besar untuk mengembalikan maruah dan tradisi juara.

Riduannor juga berharap kejohanan kali ini dianggap misi penting kerana kali terakhir Kelantan menjulang Piala Agong adalah pada 2012 yang menyaksikan mereka melakar gelaran hatrik pada 2010, 2011 dan 2012.

Pasukan kelantan akan bertemu pasukan Perlis untuk perlawanan pertama pada 6 September.

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello