LOS ANGELES, 27 Januari- Juara dunia luncur ais laju, Jordan Stolz memperbaharui rekod 1,000 meter lelaki dunia dengan catatan masa 1 minit 5.37 saat di Oval Olimpik Utah.
Atlet berusia 19 tahun yang meraih tiga kejuaraan pada Kejohanan Dunia tahun lalu itu melakar rekod berkenaan ketika perlumbaan Piala Dunia di Salt Lake City, memecahkan catatan 1:05.69 yang dilakar oleh Pavel Kulizhnikov dari Rusia dalam gelanggang sama pada Februari 2020 .
Stolz ialah warga Amerika pertama yang mencipta rekod luncur laju dunia dalam acara individu sejak Brittany Bowe dalam acara 1,000 wanita pada Mac 2019.
Mac lalu di Belanda pada usia 18 tahun, Stolz memenangi mahkota dunia dalam acara 500, 1,000 dan 1,500 meter, sekali gus menjadi lelaki pertama memenangi tiga gelaran individu dalam satu kejohanan dunia.-AFP