fb fb fb fb fb

JDT ucap selamat tinggal kepada Rodriguez

JOHOR BAHRU, 5 Ogos- Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) melepaskan pemain import dari Sepanyol, Fernando Rodriguez.

Perkembangan itu diumumkan JDT dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi kelab, JOHOR Southern Tigers, hari ini.

"Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Fernando Rodriguez. Terima kasih atas khidmat dan komitmen yang cemerlang," jelas kelab itu.

Rodriguez mula membuat penampilan dalam Liga Malaysia (Liga M) selepas menyertai Kedah pada musim 2019.

Penyerang berusia 35 tahun itu kemudian menyertai JDT pada 2020 dengan dia lebih banyak beraksi bersama JDT II di Liga Perdana.

Dikhabarkan, Rodriguez bakal berhijrah ke Liga Indonesia untuk bersama pasukan Persis Solo.


FOTO FACEBOOK JOHOR SOUTHERS TIGERS

Media Baharu