fb fb fb fb fb

JDT mara ke final Piala FA, tundukkan Kuching City FC 4-1 secara agregat

Pemain JDT Oscar Aribas Pasero (kanan) tenang menanduk bola sambil tidak diasak pemain Kuching City FC Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar (kiri) pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi/BERNAMA

ISKANDAR PUTERI, 1 Disember -Johor Darul Takzim (JDT) menang dengan agregrat 4 - 1, menentang Kuching City FC dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor, malam tadi.

Kemenangan memberi peluang kepada Skuad Harimau Selatan untuk mempertahankan kejuaraan Piala FA untuk tahun keempat berturut-turut.

JDT terlebih dahulu berdepan cabaran benteng pertahanan Kuching City FC, khusus Penjaga gol, Haziq Nadzli yang mengawal ketat gawang gol sepanjang perlawanan.

Namun Bergson Da Silva, berjaya menjaringkan gol pertama JDT pada minit ke 25, hasil hantaran Corbin Ong dari bahagian kanan gawang gol.

Gol Oscar Aribas pada minit 47 dibatalkan pengadil, selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) mendapati Bergson mengasari Scott Philips dalam petak penalti.

Asakan demi asakan ke Gawang Haziq Nadzli membuahkan hasil, apabila Eddie Israfilov menjaringkan gol pada minit 82.

Ketua Jurulatih JDT, Xisco Munoz berpuas hati, pasukannya telah memberikan prestasi terbaik untuk menempah slot ke Peringkat Akhir Piala FA.

Beliau juga gembira JDT dapat bermain baik dan menghadapi tentangan pertahanan Kuching City FC, tanpa tonggak utama Arif Aiman.

"Kami berusaha sedaya upaya, untuk memulihkan Ariff Aiman dan perkara positif adalah kami pasti apabila Ariff kembali dia akan kembali lebih kuat, ini yang paling penting dan doktor dan pihak terlibat sedang berusaha sedaya upaya," Ketua Jurulatih JDT, Xisco Munoz.

"Malangnya pemain kami cedera sebelum gol kedua, dan kami tiada lagi pemain pertahanan. Di sini kami bolos gol kedua, sepakan sudut, tapi secara keseluruhan, saya gembira pemain saya memberi tekanan kepada JDT," Ketua Jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak.

JDT akan bertemu Sabah dalam perlawanan Akhir Piala FA pada 14 Disember ini.

TETITIA YUSOFF