fb fb fb fb fb

Jaguh berbasikal Datuk Azizuzlhasni semakin pulih selepas pembedahan jantung

KUALA LUMPUR, 1 Mei - Jaguh berbasikal trek negara,Datuk Azizul Hasni Awang kini semakin pulih dan diarahkan berehat selama tiga bulan selepas menjalani pembedahan saluran darah kronori jantung, yang jarang ditemui di Hospital Epworth Richmond, Melbourne Bulan lepas.

Atlet berusia 34 tahun yang juga harapan pingat emas negara pada Olimpil Paris 2024 berkata, beliau berharap akan kembali beraksi seawal tahun hadapan untuk meneruskan misi untuk ke Olimpik tersebut.

"Saya akan fokus kesihatan dahulu, selepas itu baru saya akan kembali ke latihan dan membuat persiapan dan sebagainya jadi untuk keadaan sekarang ini, tahun ini memang sepanjang tahun untuk merehatkan diri dan selepas habis tempoh merehatkan diri, saya rasa tiada masalah untuk saya kembali beraksi," katanya pada sidang akhbar maya dari Melbourne hari ini.

Beliau sebelum ini telah mula merasakan sakit dibahagian dada ketika memulakan sesi latihan awal tahun lalu.


(Datuk Azizul Hasni Awang ketika sidang akhbar maya dari Melbourne, hari ini) 

Lantas dirujuk oleh doktor perubatan keluarga beliau kepada pakar perunding jantung kardiologi di Melbourne, bagi menjalani pemeriksaan dan ujian yang lebih teliti.

Pada ketika ini azizul yang digelar "The Pocket Rocketman" dipantau di rumahnya di Melbourne di bawah pemantauan pasukan perubatan di Australia.

“Pasukan perubatan menasihatkan saya untuk melakukan pembedahan secepat mungkin kerana ia adalah situasi yang mengancam nyawa. Saluran (darah) saya tersumbat dan hanya tinggal 20 peratus sahaja mengalir, memang sangat minimum, tambah pula kalau saya buat senaman berintensiti tinggi.

“Kalau saya bersara atau tak aktif pun saya masih perlu menjalani pembedahan dengan cepat kerana keadaan saya akan menjadi lebih teruk apabila saya semakin berusia. Apabila kita semakin tua, otot jantung akan makin menebal, akan menyempitkan lagi saluran yang terhimpit itu,” katanya lagi.

Selain itu beberapa siri perbincangan antara pasukan pakar perubatan sukan ISN, Dato’ Seri Dr.Jeffrey dan pasukan perubatan di Australia telah diadakan bagi mengenal pasti serta menentukan kaedah pembedahan dan program pemulihan yang akan dilaksanakan.

Media Baharu