SHAH ALAM, 9 Oktober- Jabatan Canseleri, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam optimis akan merangkul kejuaraan Kejohanan Sukan Antara Staf Kampus Shah Alam (SASSA) 2024 yang mula berlangsung hari ini sehingga 13 Oktober ini di Kompleks Sukan UiTM, dan Alam Lanes, AEON, Shah Alam.
Ketua Kontinjen Jabatan Canseleri, Mohd Yuzi Zali berkata kejuaraan itu dipertaruh menerusi 62 orang atlet yang dihantar untuk 12 acara sukan yang dipertandingkan.
"Kami berusaha menyasarkan tiga terbaik dalam kalangan pasukan yang bertanding dalam acara sukan yang dibuka.
"Cabaran yang dihadapi demi meraih kejayaan edisi kali ini apabila staf pengurusan dan pentadbir akademik perlu mengimbangkan persiapan sukan dengan tugasan hakiki," ujarnya.
SASSA 2024 dianjur bertujuan membudayakan kampus dengan mempelbagaikan aktiviti kecergasan dan kesihatan serta memeriahkan program 'UniFit' 2024.
Pada masa sama, meningkatkan produktiviti dan mengeratkan silaturrahim sempena Hari Sukan Negara.