fb fb fb fb fb

Harimau Malaya tewaskan Nepal 2-0 dalam Kelayakan Piala Asia 2027

Skuad Harimau Malaya memulakan kempen Kelayakan Piala Asia 2027 dengan kemenangan bergaya selepas menewaskan Nepal 2-0 dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru / Foto RTM

JOHOR BAHRU, 25 Mac – Skuad Harimau Malaya memulakan kempen Kelayakan Piala Asia 2027 dengan kemenangan bergaya selepas menewaskan Nepal 2-0 dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.

Pasukan negara bawah kendalian Peter Cklamovski bermula garang dengan Hector Hevel membuka jaringan pada minit ke-29, menjadikan penampilan pertamanya bersama Harimau Malaya cukup cemerlang.

Skuad negara menguasai permainan pada babak pertama dengan serangan bertali arus, namun gagal menambah jaringan sebelum rehat.

Memasuki babak kedua, Harimau Malaya meneruskan penguasaan dengan beberapa percubaan berbahaya sebelum Corbin Ong menggandakan jaringan pada minit ke-70, sekali gus memastikan kemenangan 2-0 buat Malaysia.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN