fb fb fb fb fb

Hannah mahu FAM gunakan RM5 juta untuk pembangunan bola sepak

Hannah berkata jumlah itu sememangnya kecil berbanding perbelanjaan negara lain dalam Kumpulan E untuk bersaing di pentas bola sepak tertinggi Asia itu /FOTO RTM

SEPANG, 27 Januari- Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh memaklumkan peruntukan keseluruhan bagi menampung perbelanjaan skuad Harimau Malaya menghadapi kempen Piala Asia 2023 di Qatar hanya RM7 juta 

Jelasnya jumlah itu secara relatifnya kecil berbanding perbelanjaan negara lain dalam Kumpulan E  seperti Bahrain, Korea Selatan dan Jordan.

Hannah berkata Korea Selatan membelanjakan sebanyak RM94 juta Jordan RM23.5 juta dan Bahrain RM28.2 juta bagi menghadapi kejohanan itu. 

"Jadi, untuk RM5 juta yang kita bagi merupakan sebahagian dana yang di perlukan oleh FAM ada yang berpendapat durian runtuh untuk FAM.

"Sebenarnya FAM memerlukan banyak lagi dana dan kalau kita mahu Harimau Malaya terus berkembang di peringkat antarangsa mempunyai peluang untuk menang di Piala Asia seterusnya kita kena pastikan mereka mempunyai sumber untuk bertanding", kata Hannah yang ditemui media ketika hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menyambut ketibaan pasukan Harimau Malaya dari Qatar. 

Justeru, peruntukan RM5 juta yang bakal disalurkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat, diperlukan badan induk itu demi pembangunan skuad bola sepak negara terutamanya Harimau Malaya. 

Sementara itu, skuad negara tetap disambut bagaikan wira biarpun pulang awal daripada saingan Piala Asia 2023.

Ratusan penyokong Harimau Malaya menanti mereka di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Penyokong yang hadir memakai jersi keramat pasukan kebangsaan sebagai tanda sokongan kepada skuad kendalian Kim Pan Gon.

Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim serta barisan kepemimpinan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Skuad negara menamatkan kempen peringkat kumpulan dengan satu mata selepas melakar keputusan seri 3-3 berhadapan Korea Selayan dan tewas kepada Jordan dan Bahrain.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD