fb fb fb fb fb

Fasa rawatan rekonstruktif, proses pemulihan Faisal Halim semakin positif

Ketua Perubatan Sukan Selangor FC, Dr. Muhammad Hazwan Khair

SHAH ALAM, 9 Mei- Proses pemulihan lecur tahap empat dialami pemain bola sepak, Faisal Halim kini memasuki fasa rawatan rekonstruktif.

Ketua Perubatan Sukan Selangor FC, Dr. Muhammad Hazwan Khair berkata pemain itu kini berada dalam fasa baharu rawatan yang melibatkan pembaikan dan pemulihan struktur badan.

"Jadi, fasa yang kita panggil 'acute management' itu, kita sudah berpuas hati, sudah stabil. Jadi, kita ke arah fasa yang seterusnya. Daripada segi perkembangan itu, sangat positif," kata Dr. Muhammad Hazwan kepada pemberita, hari ini.

Beliau turut memaklumkan diet Faisal Halim turut dipantau dengan makanan mengandungi protein tinggi bagi membantu proses penyembuhan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM