fb fb fb fb fb

FAM teruskan rayuan ke CAS susulan laporan baharu FIFA

Pemangku Presiden FAM Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi

KUALA LUMPUR, 18 November – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneruskan proses rayuan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS), susulan laporan terbaharu FIFA berkaitan skandal kelayakan pemain yang menyaksikan tujuh pemain digantung.

Pada September lalu, FIFA menggantung tujuh pemain kelahiran luar negara selama setahun dan mengenakan denda AS$440,000 terhadap FAM selepas mendapati dokumen yang dikemukakan bagi membuktikan keturunan Malaysia pemain-pemain tersebut adalah palsu.

Jawatankuasa Rayuan FIFA semalam mengeluarkan laporan penuh berhubung keputusan mengekalkan hukuman berkenaan. Laporan itu turut mengarahkan siasatan menyeluruh terhadap tadbir urus FAM, dengan menyatakan tiada tindakan disiplin ketara diambil, termasuk penggantungan, pemecatan atau rujukan kepada pihak berkuasa tempatan.

Menurut laporan itu, kegagalan berkenaan menunjukkan kekurangan kebertanggungjawaban serta menimbulkan kebimbangan terhadap budaya tadbir urus dalam organisasi tersebut.

Jawatankuasa berkenaan mengarahkan supaya siasatan rasmi terhadap operasi dalaman FAM dimulakan segera.

FAM sebelum ini menafikan berlaku sebarang salah laku disengajakan dan telah memfailkan rayuan kepada FIFA pada Oktober, selain menggantung setiausaha agungnya serta menubuhkan jawatankuasa bebas bagi menjalankan siasatan.

Pemangku Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, dalam kenyataan hari ini berkata, FAM akan memulakan proses membawa kes berkenaan ke CAS.

“Langkah ini diambil bagi memastikan keadilan ditegakkan dan mempertahankan integriti proses kelayakan pemain yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan badan berkaitan.

“FAM kekal komited memperjuangkan hak semua pemain yang layak mewakili negara dan akan memastikan setiap tindakan diambil secara profesional, telus, dan melalui saluran undang-undang yang betul.” katanya.

Siasatan FIFA bermula selepas aduan diterima berhubung kemenangan 4-0 Malaysia ke atas Vietnam dalam pusingan kelayakan Piala Asia pada Jun, di mana dua daripada tujuh pemain terlibat menjaringkan gol.

Hasil siasatan mendapati tiada seorang pun daripada Hector Hevel, Jon Irazabal, Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca atau Joao Brandao Figueiredo mempunyai ibu bapa atau datuk nenek lahir di Malaysia, seperti yang disyaratkan untuk layak mewakili pasukan kebangsaan.

KUALA LUMPUR, 18 November – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneruskan proses rayuan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS), susulan laporan terbaharu FIFA berkaitan skandal kelayakan pemain yang menyaksikan tujuh pemain digantung.

Pada September lalu, FIFA menggantung tujuh pemain kelahiran luar negara selama setahun dan mengenakan denda AS$440,000 terhadap FAM selepas mendapati dokumen yang dikemukakan bagi membuktikan keturunan Malaysia pemain-pemain tersebut adalah palsu.

Jawatankuasa Rayuan FIFA semalam mengeluarkan laporan penuh berhubung keputusan mengekalkan hukuman berkenaan. Laporan itu turut mengarahkan siasatan menyeluruh terhadap tadbir urus FAM, dengan menyatakan tiada tindakan disiplin ketara diambil, termasuk penggantungan, pemecatan atau rujukan kepada pihak berkuasa tempatan.

Menurut laporan itu, kegagalan berkenaan menunjukkan kekurangan kebertanggungjawaban serta menimbulkan kebimbangan terhadap budaya tadbir urus dalam organisasi tersebut.

Jawatankuasa berkenaan mengarahkan supaya siasatan rasmi terhadap operasi dalaman FAM dimulakan segera.

FAM sebelum ini menafikan berlaku sebarang salah laku disengajakan dan telah memfailkan rayuan kepada FIFA pada Oktober, selain menggantung setiausaha agungnya serta menubuhkan jawatankuasa bebas bagi menjalankan siasatan.

Pemangku Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, dalam kenyataan hari ini berkata, FAM akan memulakan proses membawa kes berkenaan ke CAS.

“Langkah ini diambil bagi memastikan keadilan ditegakkan dan mempertahankan integriti proses kelayakan pemain yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan badan berkaitan.

“FAM kekal komited memperjuangkan hak semua pemain yang layak mewakili negara dan akan memastikan setiap tindakan diambil secara profesional, telus, dan melalui saluran undang-undang yang betul.” katanya.

Siasatan FIFA bermula selepas aduan diterima berhubung kemenangan 4-0 Malaysia ke atas Vietnam dalam pusingan kelayakan Piala Asia pada Jun, di mana dua daripada tujuh pemain terlibat menjaringkan gol.

Hasil siasatan mendapati tiada seorang pun daripada Hector Hevel, Jon Irazabal, Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca atau Joao Brandao Figueiredo mempunyai ibu bapa atau datuk nenek lahir di Malaysia, seperti yang disyaratkan untuk layak mewakili pasukan kebangsaan.-AFP

AZRUL FAIZAL JUSOH