fb fb fb fb fb

Euro 2024: Jaringan Fuellkrug bantu Jerman mara ke 16 terbaik

Foto Reuters

FRANKFURT, 24 Jun-Penyerang Niclas Fuellkrug yang masuk sebagai pemain gantian berjaya membantu pasukan tuan rumah, Jerman seri 1-1 dengan Switzerland pada perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi.

Keputusan seri berkenaan sudah memadai buat Jerman menjuarai kumpulan A dengan tujuh mata diikuti Switzerland lima mata.

Pada perlawanan berkenaan, Jerman yang dilihat mendominasi perlawanan gagal memecahkan benteng pertahanan Switzerland.

Switzerland memecahkan kebuntuan gol menerusi Dan Ndoye pada minit ke-28 bagi membolehkan pasukan tersebut di depan.

Bersambung babak kedua, Jerman menekan Switzerland dengan serangan bertali arus bagi mencari gol penyamaan.

Jerman akhirnya berjaya menyamakn kedudukan menerusi Niclas Fuellkrug pada minit ke-92.

Jerman dijangka berdepan dengan naib juara Kumpulan C pada pusingan 16 terbaik.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD