(Djokovic bergambar bersama trofi selepas memenangi perlawanan akhir perseorangan
lelaki menentang pemain Greece Stefanos Tsitsipas dalam perlawanan akhir ATP/REUTERS)
ASTANA, 9 Oktober- Novak Djokovic merangkul gelaran ke-90 dalam kariernya dan yang keempat pada 2022 dengan kemenangan dominan terhadap Stefanos Tsitsipas dalam perlawanan akhir Kejohanan Tenis ATP di sini.
Djokovic yang berusia 35 tahun menang 6-3, 6-4 dalam masa 75 minit untuk menambah trofi yang dimenanginya musim ini di Tel Aviv, Rom dan di Wimbledon.
Ia merupakan perlawanan kesembilan berturut-turut dimenangi pilihan keempat itu, yang menjamin dirinya tempat di Pusingan Akhir ATP 2022.
Pemain Serbia itu menang di Tel Aviv seminggu lalu, kejohanan perseorangan pertamanya sejak menamatkan kejuaraan Wimbledon ketujuh dan gelaran Grand Slam ke-21 pada Julai.
(Djokovic bergambar bersama trofi selepas memenangi perlawanan akhir perseorangan
lelaki menentang pemain Greece Stefanos Tsitsipas/REUTERS)
Dia digantung daripada Terbuka Amerika Syarikat dan seluruh gelanggang keras Amerika Utara atas keengganannya untuk divaksin sebelum kembali dalam acara berpasukan Piala Laver di London bulan lalu.
Bagi pilihan ketiga Tsitsipas, ia adalah kali kesembilan dia bermain dalam perlawanan akhir Jelajah ATP dan kali kesembilan dia terpaksa berpuas hati sebagai naib juara. -AFP