fb fb fb fb fb

Aksi persahabatan: anak buah Maloney dimalukan Timor Leste

SHAH ALAM, 30 April- Banyak kelemahan yang perlu diperbaiki susulan kekalahan 1-2 skuad Bawah 23 tahun negara kepada Timor Leste menjelang saingan Sukan SEA Hanoi, Vietnam bulan depan.

Kekangan mengumpul senarai 31 pemain bagi kem latihan pusat sebelum ini, dilihat memberi kesan kepada persembahan skuad muda negara di Stadium UiTM, Shah Alam semalam.

Pada aksi perhabatan pertama tersebut, pasukan negara diketuai Nik Akif Syahiran Nik Mat dan Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak diletak sebagai penggempur utama.

Bagaimanapun, skuad kendalian Brad Maloney itu dilihat longlai dan gagal mengekang asakan dan permainan pantas Timor Leste.

Malaysia mula ketinggalan pada minit ke-51 hasil jaringan Elias Joao Da Costa sebelum pemain Selangor FC 2, Faiz Amer Runnizar memberi kelegaan seketika dengan gol penyamaan 15 minit kemudian.

Namun, kerapuhan benteng skuad Harimau Muda itu terus mengundang padah apabila pelawat berjaya meledak gol kemenangan menerusi Jhon Frith Ornai pada minit ke-77.


( Aksi persahabatan skuad Bawah 23 tahun negara dengan Timor Leste di Stadium UiTM, Shah Alam semalam)

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu pada Disember 2019 menyaksikan Timor Lester menjadi mangsa belasahan skuad negara dengan keputusan 4-0.

Esok, Malaysia akan berdepan skuad Bawah 23 Filipina bagi perlawanan persahabatan terakhir sebelum berlepas ke Vietnam.

Media Baharu