fb fb fb fb fb

3 pengadil wanita dilantik julung kalinya untuk Piala Dunia

ANKARA, 20 Mei - Jawatankuasa Pengadil FIFA pada Khamis mengumumkan pelantikan tiga pengadil wanita buat pertama kalinya sebagai pegawai perlawanan pada Piala Dunia 2022 di Qatar.

Stephanie Frappart dari Perancis, Salima Mukansanga dari Rwanda, dan Yoshimi Yamashita dari Jepun dipilih sebagai pengadil perlawanan bola sepak lelaki, lapor Agensi Anadolu.


(Yoshimi Yamashita, Stephanie Frappart dan Salima Mukansanga/Foto google)

Sementara itu, Neuza Back dari Brazil, Karen Diaz Medina dari Mexico, dan Kathryn Nesbitt dari Amerika Syarikat dilantik sebagai pembantu pengadil dalam senarai pegawai perlawanan yang dikeluarkan.

“Seperti biasa, kami mengutamakan kualiti dan pegawai perlawanan yang dipilih mewakili peringkat tertinggi pengadil di seluruh dunia,” kata pengerusi jawatankuasa dan bekas pengadil Itali Pierluigi Collina.

Piala Dunia akan diadakan dari 21 Nov hingga 18 Dis dengan 32 pasukan dalam lapan kumpulan. -BERNAMA

Media Baharu