KUCHING, 4 Ogos - Persatuan Olahraga Negeri Sarawak mengajurkan Kejohanan Olahraga Tertutup bagi pra Sukan Malaysia Ke-21 (SUKMA XXI) Sarawak 2024 yang akan berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos ini.
Seramai 100 atlet negeri menyertai 26 acara balapan dan padang iaitu 16 acara padang dan 10 acara balapan.
Pengurus kejohanan tersebut, Leong Beng Keong memberitahu kejohanan tersebut diadakan bagi memberi peluang kepada atlet SUKMA kali ini untuk menyesuaikan diri dengan keadaan stadium semasa.
"Ia juga bagi mencuba fasiliti dan peralatan yang sudah dinaik taraf bagi acara olahraga mengikut spesifikasi yang dipersetujui Persatuan Olahraga Malaysia," kata Leong Beng Keong kepada pemberita.
Beliau turut berpuas hati dengan peralatan dan kemudahan yang telah disediakan.
Setakat ini semua peralatan dan kemudahan acara olahraga telah dipersetujui Persatuan Olahraga Malaysia dan masih menunggu sijil pengiktirafan.