
KUALA LUMPUR, 19 Januari – Skuad futsal wanita negara, Malayan Tigress, berdepan cabaran getir pada Kejuaraan Futsal Wanita ASEAN 2026.
RINGKASAN BERITA AI
- Malayan Tigress ditempatkan dalam Kumpulan A bersama Thailand dan Indonesia, cabaran sukar menanti.
- Jurulatih Edgar Baldasso digesa sediakan strategi kuat untuk hadapi dua lawan berpengalaman.
- Kejohanan berlangsung di Korat, Thailand dari 24 Februari hingga 2 Mac, tempuhi persediaan padat.
- Persaingan keras dijangka kerana juara dan pasukan kuat lain tampil dalam edisi kali ini.
Berdasarkan undian kumpulan kejohanan, anak buah Edgar Baldasso diletakkan dalam kumpulan A bersama Thailand dan Indonesia.
Manakala kumpulan B pula dihuni juara edisi 2024, Vietnam, Myanmar, Filipina dan Australia.
Kejohanan berkenaan dijadualkan berlangsung di Korat, Thailand, bermula 24 Februari hingga 2 Mac depan.
Pada edisi 2024 yang berlangsung di Filipina, Vietnam berjaya menundukkan Thailand 2-1 pada perlawanan akhir.