STR Fasa 1 mula disalur hari ini – PM

STR Fasa Satu 2026 disalurkan hari ini melibatkan lima juta penerima.

KUALA LUMPUR, 20 Januari – Kerajaan MADANI hari ini mula menyalurkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Tahun 2026 melibatkan lima juta penerima.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pembayaran STR Fasa 1 2026 mula disalurkan kepada lima juta penerima hari ini.
  • Melibatkan 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tanpa pasangan, menerima RM100 hingga RM500.
  • STR kini disepadukan dengan SARA untuk bantuan lebih konsisten dan berterusan kepada golongan berkelayakan.
  • STR ialah bantuan suku tahunan; SARA ialah sokongan asas bulanan bagi memastikan kehidupan bermaruah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia melibatkan 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tiada pasangan yang akan menerima antara RM100 hingga RM500, mengikut kelayakan masing-masing.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata penambahbaikan STR yang kini disepadukan dengan pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) memastikan golongan berkelayakan menerima bantuan yang lebih konsisten dan berterusan bagi memenuhi keperluan asas.

Menurutnya, STR disediakan sebagai bantuan tambahan secara suku tahunan bagi memberi ruang kewangan pada tempoh perbelanjaan tinggi seperti musim perayaan, manakala SARA berfungsi sebagai sokongan asas bulanan yang lebih stabil.

Pendekatan Kerajaan MADANI itu bertujuan memastikan rakyat dapat menjalani kehidupan yang bermaruah tanpa tercicir dalam menghadapi tekanan kos sara hidup.

Beliau turut berharap bantuan berkenaan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para penerima.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan