Penerima STR di Pulau Pinang luah syukur

Foto hiasan

GEORGE TOWN, 21 Januari – Penyaluran fasa pertama Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2026 disambut baik para penerima di Pulau Pinang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sumbangan STR membantu menampung keperluan asas harian penerima seperti barangan dapur dan beras.
  • Penerima menggunakan bantuan untuk perbelanjaan persekolahan anak dan keperluan rumah.
  • STR 2026 memberi kelegaan kewangan kepada pelbagai lapisan masyarakat melalui pelaksanaan berperingkat.

Rata-rata menyifatkan sumbangan berkenaan membantu dalam menyediakan keperluan asas keluarga serta meringankan beban perbelanjaan harian.

Penerima warga emas Fadzilah Ramli sumbangan itu dianggap sebagai sokongan kewangan dalam menampung keperluan harian.

“Jadi, STR ini dapat menampung untuk keperluan harian. Kiranya, lepas untuk mak cik seorang. Ada juga bantuan kerajaan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Selain itu, sumbangan berkenaan dapat membantu golongan ketua isi rumah seperti Faruk Mubarak Majid bagi menampung kos barangan dapur dan perbelanjaan asas keluarga.

“Bantuan ini memang berbaloi kepada semua penerima, ia memberi kelegaan kepada rakyat. Perkara utama digunakan untuk memberli barangan keperluan rumah. Contohnya, beras atau minyak,” katanya.

Menurut Sheikh Osman Sindha pula bantuan STR dapat menampung keperluan harian termasuk perbelanjaan persekolahan anak-anak serta pembelian barangan dapur.

“Bantuan ini banyak membantu keluarga saya, khususnya untuk keperluan persekolahan serta pembelian barangan dapur. Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana bantuan ini membolehkan perbelanjaan rumah diurus dengan lebih berjimat,” katanya.

Selain barangan dapur, Ong Teik Seng menggunakan sumbangan berkenaan sebagai persediaan persekolahan anak-anaknya.

“Bantuan ini digunakan untuk keperluan anak-anak, khususnya membeli barangan persekolahan, selain membeli keperluan asas seperti beras,” katanya

Bagi Sarjeet Ram Singh, sumbangan itu boleh menampung pembelian barangan keperluan isi rumah.

“Inisiatif ini sangat baik dan saya berharap kerajaan dapat menambah baik pelaksanaannya pada masa hadapan. Bantuan ini amat berguna untuk membeli barangan keperluan rumah, selain membuatkan saya berasa bangga menjadi rakyat Malaysia,” katanya.

Secara keseluruhannya, sumbangan STR 2026 yang melibatkan lima juta penerima, bakal memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat melalui empat fasa pembayaran.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan