
KLUANG, 16 Januari – Lima lelaki ditahan atas pelbagai kesalahan menerusi Operasi Bersepadu Khas yang dijalankan di Simpang Renggam serta Bandar Kluang, Johor pada 14 dan 15 Januari 2026.
- Empat lelaki berusia 42 hingga 61 tahun disyaki positif syabu hasil saringan awal air kencing.
- Seorang lelaki ditangkap memiliki sebotol cecair disyaki air ketum.
- Operasi keluarkan 28 saman dan periksa 67 individu serta 60 kenderaan di Simpang Renggam dan Bandar Kluang.
Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh berkata, daripada jumlah itu empat lelaki berusia 42 hingga 61 tahun ditahan, dipercayai positif syabu.
“Tangkapan berkenaan dilaksanakan, hasil saringan awal air kencing keatas 20 individu dalam operasi itu.
“Seorang lagi lelaki berusia 40 tahun ditangkap kerana memiliki sebotol cecair yang disyaki air ketum.
“Turut dikeluarkan, 28 keping saman Polis Diraja Malaysia (K) 257 atas pelbagai kesalahan trafik, hasil pemeriksaan ke atas 67 individu dan 60 kenderaan,” katanya menerusi kenyataan.
Tindakan diambil mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.