Salji tebal: 7,000 penumpang terpaksa bermalam di Lapangan Terbang Hokkaido

Sapporo mencatatkan liputan salji setebal 54 sentimeter dalam tempoh 24 jam/Reuters

SAPPORO, 26 Januari – Kira-kira 7,000 orang terpaksa bermalam di Lapangan Terbang New Chitose, Hokkaido pada Ahad selepas 56 penerbangan yang menghubungkan hab utara Jepun itu dengan bandar utama lain dibatalkan akibat salji tebal, menurut pengendali Hokkaido Airports Co., lapor Kyodo News.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kira-kira 7,000 orang terpaksa bermalam di Lapangan Terbang New Chitose selepas pembatalan penerbangan akibat salji tebal.
  • Sapporo merekodkan 54 cm salji dalam 24 jam, paras tertinggi bagi Januari.
  • Lebih 500 perkhidmatan kereta api dibatalkan, menjejaskan kira-kira 130,000 penumpang.
  • Laluan pejalan kaki bawah tanah dibuka sepanjang malam dengan kira-kira 340 orang berlindung di situ.

Menurut kerajaan Hokkaido, Sapporo mencatatkan 54 sentimeter (cm) salji dalam tempoh 24 jam sehingga 7 malam Ahad, paras tertinggi pernah direkodkan bagi Januari.

Lebih 500 perkhidmatan kereta api dibatalkan pada Ahad ketika kerja pembersihan salji dijalankan, termasuk laluan ke Lapangan Terbang New Chitose serta yang menghubungkan Sapporo dengan Asahikawa dan Hakodate, menjejaskan kira-kira 130,000 orang, menurut Hokkaido Railway Co.

Sebahagian perkhidmatan kereta api masih tergendala pada Isnin.

Di Sapporo, laluan pejalan kaki bawah tanah berhampiran Stesen Sapporo masih dibuka sepanjang malam bagi mereka yang menghadapi kesukaran untuk pulang ke rumah, dengan kira-kira 340 orang berlindung di situ setakat 5.30 pagi Isnin.- BERNAMA

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan