KEMAMAN, 25 November- Gerak kerja kempen Barisan Nasional; PRK Parlimen Kemaman akan dihentikan sekiranya kawasan Parlimen berkenaan dilanda banjir, kata Pengerusi Media UMNO Bahagian Kemaman, Wan Hakim Wan Mokhtar.
Jelas beliau, ini memandangkan UMNO akan mendahulukan bantuan kepada rakyat kerana parti politik diwujudkan untuk membantu rakyat yang terjejas.
"Kalau esok banjir di DUN Air Putih, kita akaan henti semua kempen kita akan bantu rakyat dahulu sebab akhirnya politik ini, membahagiakan negara dan rakyat. Kita akan kerah jentera untuk rakyat,"katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media berhubung perkembangan kempen PRK Kemaman, di Pejabat UMNO Kemaman, Terengganu.