STR terbukti ringankan beban golongan B40

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 21 Januari – Sejak pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) oleh Kerajaan MADANI, ramai penerima daripada golongan B40 di sekitar Kuala Lumpur melahirkan rasa syukur atas bantuan yang diberikan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bantuan STR membantu meringankan beban golongan B40 terutama semasa permulaan sesi persekolahan.
  • STR menampung pembelian barangan keperluan harian seperti beras, sabun dan minyak.
  • Penerima berharap inisiatif STR diteruskan dan jumlah bantuan ditingkatkan jika mampu.

Penerima STR, yang juga seorang peniaga, Suraya Mohd Nasir, menyatakan bahawa bantuan itu membantu meringankan beban keluarganya, terutamanya pada permulaan sesi persekolahan baharu tahun ini.

“Bersyukurlah sebab anak baru buka sekolah. Sekurang-kurangnya dapatlah sedikit mengurangkan beban untuk ibu bapa seperti saya, yang mempunyai empat orang anak. Adalah kurang sikit beban, bolehlah buat tambah sikit barang keperluan untuk anak sekolah,” katanya kepada RTM.

Suri rumah yang juga penerima STR, Zabedah Zulkapli pula berkata STR dapat menampung barangan keperluan harian keluarganya.

“Baguslah, ia meringankan beban sebab dapat beli beras, sabun serta barangan lain. Ringanlah beban tapi untuk tampung anak ramai tu tak juga. Tapi kalau ada anak yang dua atau tiga orang tu boleh rasanya. Tapi macam saya, anak ramai masuk universiti semua, tidaklah terasa sangat tapi orang kata bolehlah menampung kerana barang keperluan seperti beras dan minyak sangat penting untuk kegunaan harian,” ujar Zabedah.

Seorang lagi penerima yang juga seorang pesara, Nan Mohd Kilam, menyambut baik inisiatif berkenaan dengan harapan bantuan tersebut dapat diteruskan pada masa akan datang.

“Kita gembira lah kalau dapat lebih, lagi bagus. Harapan kita, usaha ini berterusan selagi kerajaan mampu menyalurkan bantuan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan