Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$127.9 bilion

Bank Negara Malaysia.

KUALA LUMPUR, 24 Februari – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) setakat 13 Februari 2026 berjumlah AS$127.9 bilion.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$127.9 bilion setakat 13 Februari 2026.
  • Jumlah itu naik berbanding AS$126.9 bilion pada 30 Januari 2026.
  • Rizab mencukupi untuk membiayai 4.7 bulan import dan 0.9 kali hutang luar negeri jangka pendek.
  • Komponen utama: mata wang asing AS$112.0 bilion, IMF AS$1.3 bilion, SDR AS$6.0 bilion, emas AS$6.1 bilion.

Bank pusat itu dalam kenyataan memaklumkan, jumlah tersbeut meningkat berbanding AS$126.9 bilion pada 30 Januari 2026.

“Paras rizab ini memadai untuk membiayai 4.7 bulan import barangan dan perkhidmatan, serta 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek,” menurut kenyataan itu.

Komponen utama rizab merangkumi rizab mata wang asing sebanyak AS$112.0 bilion, rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berjumlah AS$1.3 bilion dan hak pengeluaran khas sebanyak AS$6.0 bilion.

Selain itu, pegangan emas dan aset rizab lain masing-masing berjumlah AS$6.1 bilion dan AS$2.5 bilion.