Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$126.9 bilion setakat 30 Januari

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 9 Februari -Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) setakat 30 Januari 2026 berjumlah AS$126.9 bilion, menurut BNM.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$126.9 bilion setakat 30 Januari 2026.
  • Jumlah meningkat dari AS$125.6 bilion pada 15 Januari 2026.
  • Rizab mencukupi untuk membiayai 4.8 bulan import dan 0.9 kali hutang luar negeri jangka pendek.
  • Komponen utama: AS$113.3 bilion mata wang asing, AS$1.3 bilion IMF, AS$5.9 bilion SDR, emas AS$5.9 bilion.

Bank Pusat dalam kenyataan memaklumkan, jumlah itu meningkat berbanding AS$125.6 bilion pada 15 Jan, 2026.

”Paras rizab ini memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 0.9 kali
jumlah hutang luar negeri jangka pendek,” menurut Bank Pusat itu.

Komponen utama rizab merangkumi rizab mata wang asing sebanyak AS$113.3 bilion, rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berjumlah AS$1.3 bilion dan hak pengeluaran khas sebanyak AS$5.9 bilion dolar.

Selain itu, emas dan aset rizab lain masing-masing berjumlah AS$5.9 bilion dan AS$2.5 bilion.